Thursday, September 9, 2010

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum

Hari ini Qis nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Qis nk minta maaf jikalau Qis ada buat salah kat korang dan maafkan kalau Qis buat korang kecik hati. Korang dah beli baju raya? Qis dah. Korang dah beli kasut, handbag (untuk pompuan), seluar? Korang first raya balik mane?? Qis balik JOHOR JAYA. Kalau nk tahu Qis x de kampung. Kampung Qis kat JB je. Mesti ada yg balik Segamat, Negeri Sembilan, Batu Pahat ada juga yg balik Singapura kan? Walaupun Qis tak ada kampung, tapi Qis akan balik kampung Atuk Yusof kat Kg Linau, Batu Pahat dan kampung Atuk Yusop kat Rembau, Negeri Sembilan. Mungkin juga tahun ni Qis akan beraya di Singapura (kalau ayah buatkan passport la).

Qis nak pesan kalau balik kampung tu berhati-hatilah di jalan raya. Perkara yg penting kita kena buat ialah : pastikan minyak penuh, kereta gi servis dan lagi satu bawalah makanan kalau x nanti kena berhenti belikan susah. Ok itu je lah Qis nak cakap.

Pada Keluarga Pak Dor di Scotland , jangan sedih-sedih ok. Tahun depan Insya-Allah kita raya bersama.

SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, September 2, 2010

6 HARI LAGI..


Yahooo!!!!!!!!!!!! Esok lastday sekolah. Cuti dua minggu. Lagi 6 hari semua umat islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. bestnya! persiapan raya qis semuanya telah lengkap. Dua hari sebelum puasa, ibu dah belikan baju kurung raya dan kasut di Plaza Angsana, kemudian seminggu puasa shopping baju-baju raya qis dan adik-adik. Masa merdeka hari tu shopping tambahan mana yang tidak cukup. Tak sabarnya nak RAYA walaupun sedih Nenek Muna dah tak ada. Al-Fatihah untuk Arwah Nenek Muna.

Wednesday, August 25, 2010

OMG!! PHONE KU HILANG

ASSALAMULAIKUM,PASAL TAJUK KITA HARI NI IALAH PASAL PHONE KU HILANG.MULA-MULA CAM NI AKU BALIK DARI SEAFOOD JUNCTION LEPAS HABIS BUKA DI SANA.AND THEN AKU BALIK RUMAH PHONE ITU MASIH ADA DI DALAM KOCEK SELUAR AKU.PASTU AKU BALIK RUMAH AKU NAK CUCI MUKA,KAKI N TANGAN AKU LETAKLAH KAT TEMPAT LETAK BUKU PELAJARAN AKU.AKU PUN AMBIL PHONE AKU PASTU ENTAH GI MANA.

CEDIHNYER...PHONE KU DAH HILANG:( CRY!!



THANKS!!

OMG!! PHONE KU HILANG..:(

15 Ramadhan


Yeah! Dah setengah bulan semua berpuasa. tak lama lagi nak raya. bestnya raya!! dah shopping raya? saya sudah, tapi ada lagi yang kena beli. hahahahahaaa


bulan puasa ni nak update hari-hari sungguh tak larat. jadi qis update 1 ramadhan, 15 ramadhan pastu RAYA!!!!!!


Juadah buka puasa ada yang ibu masak, ada yg beli, ada buka rumah nenek, ada buka rumah atok (uwaaaa Nenek Muna dah tak ada), hari jumaat lepas buka rumah Ibu Seri Alam. Meriah!!
Dengar-dengar nanti ada BBQ berbuka puasa dengan my BFF Dija.... tak sabar!!!


Ok tu je la....
(gambar tak ada camera ibu rosak)

Saturday, August 14, 2010

SALAM RAMADHAN


Harap tak terlamat la utk Qis mengucapkan :
Selamat berpuasa kepada semua penduduk di muka Bumi ini.
Maaf kepada semua jika Qis ada melakukan kesilapan secara sedar atau tidak.

Thursday, July 22, 2010

EEE.. GERAMNYA!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ini saya bergaduh dgn R, I, N & S.
Cerita dia mcm ni mula2 kitaorang kwn bile kita main dgn bdk lain N & R berbual-bual.
Lepastu, cikgu panggil naik sbb dah abis PJ H panggil ler diorang
R & N buat2 PEKAK so kitaorang panggil sama2 pastu diorang naik.
And then, dlm kelas R tak layan kitaorang kat kantin R x rehat dengan kitaorang.
Pastu A nak tanya R & N tarik tangan R suruh x payah pergi. So kitaorang MARAH.
Dlm bengkel waktu KH muka aku mcm tak de mood Cikgu tanya knp?
Korang bergaduh dengan diaorang ke? Aku kata YE

Aku ada group baru nama2 bdk dlm group kitaorang:
nama group : GADIS JAHAT

Aku, A, H, K, NA, K, S & NAH

musuh ketat kitaorang:

R, N, NI, S & NH


THANKS!!!

Tuesday, July 20, 2010

ADIK OH ADIK

Adik no 2, Putera Quszay

Quszay & Qaim


Inilah adik aku yang no 3, Putera Qaim Qarius.


Hari ini ibu tak kerja sebab adik yg no 2, Quszay tu konon sakit. Bolehlah Qis update blog.... hahahahhahaaa (sila ketawa mcm dot dot dot ok!) Abis dinding bilik Qis, Qaim tampal sticker!!!! OMG!!!!!!!!! Tungguh la nanti ayah balik! Geramnya !!!!!!!!!!!!! Lainkali tampal la dekat bilik sendiri hoi. Camera ibu rosak kalau tak Qis dah ambil gambar letak kat sini. Kenapalah adik-adik Qis nie baikkkkkkkkkkkkkkkkk sangattttttttttttttttt...

Saturday, July 17, 2010

BFF Qis



BFF Qis, Hajida Abdul Aziz.

Rindunya dengan Dija. Bila la Dija nak datang tidur kat rumah, main-main, joget-joget, mengaji sama-sama. Dija adalah BFF Qis dari kecik sampai la dah umur 10 tahun ni. Dija tak pernah sakitkan hati Qis, tak pernah lukakan hati Qis & tak pernah main tak kawan, tak kawan. Tak macam kawan-kawan di sekolah yang macam-macam perangai. Pening!

Dija semuga persahabatan kita kekal selamanya. I Miss U!!!!


Sunday, July 11, 2010

HARI USAHAWAN MUDA.....

HAI!!!
SEMALAM ADA HARI USAHAWAN MUDA MAKSUDNYA ADA JUALAN.SAYA TERPILIH MENJUAL UNTUK PRA SEKOLAH SAYA,AFIQAH N PAVITRA.SEBENARNYA ADA 4 TAPI LAGI SEORANG DIA KENA CHICKEN POP SO....TAK DATANG LAH KITA BERTIGA JUAL...PENAT,LETIH N NGANTUK.TAPI BEST...
KITAORANG DAPAT KUMPUL SEBANYAK RM 184.(SYILLING TAK KIRA LAGI) TAPI GERAI YANG PALING LAKU GERAI PUTERI ISLAM DIORANG JUAL MEE,TEPUNG,GULA DAN LAIN-LAIN



BYE!!!!
ITU SAJA.....

Saturday, July 3, 2010

I'M BACK FROM CAMPING





Leganya dapat balik rumah. Seharian tidur dari Jumaat sampai Sabtu terus ke Ahad. Penat sangat-sangat. Tak cukup tidur tetapi amat seronok. Semasa perkhemahan, Negeri Johor dapat Tempat Ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki. Terima kasih kepada Cikgu Razman dari Sek Keb Taman Cempaka, Cikgu Zabir dari Pontian, Cikgu Salina dari Mersing dan Cikgu Maisara dari Kulai yang telah bertungkus-lumus menjaga Kontijen dari Johor seramai 31 orang.

Qis dapat ramai kawan baru seperti Amir, Haidatul Jannah & Eima dari Muar, Syu, Cyrene & Fatihah dari Segamat, Badrul dari Kota Tinggi, Atikah & Wani dari Mersing, Ikhwan dari Batu Pahat dan ramai lagi la tak tersebut rasanya. Dari Sabah & Sarawak pun ada.

Layan la gambar-gambar yang sempat ibu Qis ambil semasa Qis balik pada 25hb Jun, 2010.

I'M BACK!!!


Lama betul tak update blog. dah berhabuk. ada ke yang rindu dengan Qis? Entah-entah tak ada orang pun yang nak baca blog Qis. Insya-Allah Qis akan terus penuhkan blog ini.

Monday, June 21, 2010

Day 3 - Day 6 21hb - 24hb Jun, 2010

Entry Auto-Publish



Hari ketiga hingga hari ke enam adalah Hari Perkhemahan. Mesti seronok!!!!! Jumpa rakan di seluruh Malaysia. Doakan Qis selamat ye kawan-kawan. Ikot jadual Qis akan bangun seawal pukul 5.30 pagi dan tidur selewat pukul 11.30 malam. Mesti letih & penat, tetapi seronok.... Jumpa nanti pada 26hb Jun, 2010.

DAY 2 - 20hb Jun, 2010

Ini adalah entry AUTO-PUBLISH ......



Assalamualaikum....


Hari ini mengikut jadual yang diberi, pada pukul 10.00 pagi, Qis dan rakan-rakan baru akan bertolak ke Kuala Kubu Bharu, Selangor bagi mengikuti acara perkhemahan pada 21hb hingga 24hb Jun, 2010..... Perkhemahan akan diadakan di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor....




Jumpa nanti pada 26hb Jun, 2010...

Qis akan ceritakan apa aktiviti di sana....

Saturday, June 19, 2010

DAY 1 - 19hb Jun, 2010

Assalamualaikum....

Ini adalah entry AUTO-PUBLISH....




Pada ketika dan saat entry ini keluar, Qis sedang bersiap-siap mendaftar bagi Tournament Taekwando di The Zon Johor Bahru.. Qis masuk bagi kategori LIGHTWEIGHT. Seramai 11 orang wakil dari Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah. Sir Peter adalah guru yang selama ini telah mengajar kami. TQ Sir! Sorry kalau Puteri tak sempat lawan hari ini.

Pada jam 11 pagi nanti, Qis akan terus ke Pusat Kokurikulum Johor di Kem Tasek Utara, Johor Bahru bagi pendaftaran PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH MALAYSIA 2010. Qis akan tidur satu malam di Kem Tasek Utara ini.

DOAKAN YANG TERBAIK BUAT QIS!!!!

Wednesday, June 16, 2010

KEPUTUSAN YANG MANA SATU...

OMG!!! Ibu dah call Sir Peter....
Uwaaaaaaaaaaaaa kena pergi jugak Tournament Taekwando pada hari Sabtu ni, tapi kalau dah pukul 11 pagi tak lawan-lawan jugak i have to "back-off" and off to Kem Tasek Utara JB untuk pendaftaran..... Good Luck untuk semua rakan-rakan SKTBI especially to Atikah coz dia seorang je PEREMPUAN.

Untuk Encik Ajan Macho

Sorry la aku tak takot la...
kalau takot dari dulu lagi aku tak pergi latihan....
hahahahhaaaa

Tuesday, June 15, 2010

Yang Mana Satu!!!!

Tak sangka pula, kedua-dua acara ini boleh berlaku pada hari yang sama!!!!!!!

Macam mana ni??????

Tournament Taekwando pada 19hb - 20hb June, 2010

manakala

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Malaysia 2010
pada 19hb - 25hb June, 2010.


Any suggestion friends??????

Monday, June 14, 2010

TENGOK WAYANG CERITA KARATE KID!!!!!

Hai semua!!!
Bestnya..hari ni gi tengok wayang cerita THE KARATE KID!!!
Cerita dia ada kelakar,sedih dan banyak lagi lah....
Tapi.. yang paling kelakar ialah rambut mak budak KARATE KID!!1

THE KARATE KID=DRE
JACKIE CHAN=MR.HAN

BESTNYE..... CERITA DIA!!!!!


Sunday, June 13, 2010

IBU DEMAM!!!!!!

HAI SEMUA!!!
Sihat?
Lepas adik dah sembuh ibu pula demam.
Lepas ibu sapa lah nanti?
Jangan lah saya....
Dah la saya ni susah nak makan ubat lagi-lagi lah ubat pill
aiyoyoyoyoyo!!!!!
Saya harap lah ibu cepat sembuh supaya ibu sihat sentiasa.
Yang sihat tu jangan ingat AWAK tak boleh sakit tau!!!

JAUHILAH DARIPADA WABAK H1N1!!!!




SELAMAT BERCUTI!!!!!!!

HAI!!!
SELAMAT BERCUTI!!!

Sapa nak gi cuti cakap dengan ayah minyak mesti penuh jangan tak penuh.
Lagi satu rancang dengan keluarga nak gi mana faham!!!
Saya tak gi cuti sebab adik nombor dua demam.
Kalau tak dah boleh gi CAMERON HIGHLANDS TAU!!!!
Tak pelah bulan 8 kan ada cuti dengan bulan 12.


BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU!!!!

Friday, June 11, 2010

Me, Myself & I


Hai! Hari ni aku gila buat entry banyak2... hahahahaaa

Ini la gambar aku kalau ke sekolah... Pengawas ye.... Jgn jeles!!!!

TAEKWANDO TOURNAMENT

OH NO!!!!!!!!!!!!!! Next Saturday 19th June, 2010 will be the day!!! Soooooooooo Nervous & Scary!!!! Doakan Qistina ye rakan-rakan... Enjoy this video masa latihan di Dewan Spastik Johor Bahru... Saya yang berwarna biru ye rakan-rakan...

Habis kena belasah!!!

ZOO JOHOR BAHRU

BESTNYA!!!!!!!!!!!

Tadi pagi ada rombongan ke Zoo Johor Bahru bersama-sama kawan2 sekolah, Aisyah, Ridzwan, Amir Haziq, Haziq Daniel, Harith Rusyaidi, Harith Redhuan, Afrina dan lain-lain.... Sungguh seronok tetapi tekak loya dengan bau-bauan yg amat sedap...

Tapi maaf ye ibu lupa bawak camera so tiada la gambar2...

TQ to Mak Dor

Entry ini dedicated specially to Mak Dor yang telah bersusahpayah mengajar@mencantikkan blog ini... Tq Mak Dor, nanti kalau dah balik Malaysia Qistina belanja Cendol ok... so friends, terjah la blog Mak Dor @blogandak.blogspot.com yang berada jauh nun di Scotland, United Kingdom...

THANK YOU VERY MUCH!!!

Tuesday, April 27, 2010

Pembuka Bicara

Assalamualaikum....